Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Selamat pagi semua rufaqaie...

Salam ukhuwah fi sabilillah saya ucapkan kepada semua yang mengenali diri yang hena ini dan baru proses nak kenal-kenalan. Sebenarnya tidak ada apa yang mahu di coretkan disini. Tambahan pula ini la kali pertama saya mula menceburi dunia blogger. Macam tak percaya akhirnya terbuat jua blog ibnatul jamilah ni. Bukan apa, dah lama saya teringin nak buat blog seperti ini tapi memandangkan pengetahuan dalam ilmu IT kurang jadi terbatas la niat tu. Tapi dengan semangat ingin mencuba sesuatu yang baru akhirnya siap juga blog Ibnatul Jamilah. Tapi masalahnya sekarang apabila dah siap blog ni terfikir pula apa yang hendak di coretkan???? ermm susah juga rupanya nak buat benda alah ni. Bukan apa, ilmu didada belum mencukupi untuk dicoretkan. Biasa la bila ilmu tidak ada maka terbatas la apa jua kemahuan. Patut la kita diwajibkan menuntut ilmu dari kecil lagi. Saya ni hanya insan biasa yang masih menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, masih belum dapat mendalami apa-apa ilmu lagi. Diharapkan teman-teman semua dapat memberi manfaat dan tunjuk ajar kepada saya untuk terus belajar tidak kira apa jua bidang yang teman-teman ceburi.

Akhir kalam dari saya ibnatul jamilah,
Wassalamualaikum Warahmatullah.

0 comments:

Post a Comment