Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Saya Nak Sangat Mencintai Diri Awak....
Tetapi Cinta Kepada Allah Itu Adalah Cinta Saya Yang Hakiki..
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Tidak Menyanyangi Diri Awak...

Saya Nak Sangat Merindui Diri Awak..
Tetapi Rindu Kepada Nabi Muhammad itu Lebih Bermakna...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Tidak Sunyi Tanpa Awak...

Saya Nak Sangat Memiliki Diri Awak...
Tetapi Memiliki Syurga Allah itu Sangat Menggembirakan...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Menolak Diri Awak...

Saya Nak Sangat Berkorban Untuk awak...
Tetapi Berkorban Di Jalan Allah Itu Amat Bernilai...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Mahu Abaikan Awak...

Saya Nak Sangat Bahagia Bersama Awak...
Tetapi Bahagia Syahid Itu Takkan Saya Lepaskan..
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Tersenyum Tanpa Awak...

Saya Nak Sangat Memegang Tangan Awak...
Tetapi Memegang Bara Api Itu Lebih Baik...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Ingin Meleraikan Ikatan Tangan Awak...

Saya Nak Sangat Memeluk awak...
Tetapi Memeluk Al-Quran Itu Lebih Mulia...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Tidak Perlukan Pelukan Awak...

Saya Nak Sangat Tunjukkan Bahawa Saya Tidak Takut Dengan Orang Lain...
Tetapi Saya Sangat Takut Dengan Allah...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Tidak Melindungi Awak...

Saya Nak Sangat Awak Tahu Saya Akan Lakukan Apa Yang Saya Cakap Tadi...
Tetapi Selepas Kita Mengikat Pertalian Yang Sah...

Dan
Saya Nak Sangat Awak Tahu Bahawa Awaklah Orang Yang Paling Penting Dalam Hidup Saya...
Tetapi Allah Dan Rasulullah Itu Adalah Segala-galanya Bagi Saya...

Dan
Saya Nak Sangat Awak Memilih Al-Quran Dan Hadis Rasulullah Itu Sebagai Pegangan Hidup Awak...
Dan
Saya Nak Sangat Awak Meminta Pertolongan Kepada Allah Sentiasa Kerana Dialah Maha Besar...
Dan
Saya Nak Sangat Awak Gunakan Islam Sebagai Cara Hidup Awak...

Saya Lakukan Semua Ini Kerana Saya Tahu Tidak Ada Yang Lebih Berkuasa Di Langit Dan Bumi Melainkan
Allah Yang Maha Besar.....
Allah Yang Maha Besar...
Allah Yang Maha Besar......
ALLAHUAKHBAR !!!!!!!!


0 comments:

Post a Comment