Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berita Harian Online | Kementerian sudah keluarkan syarat guru naik pangkat


Kementerian sudah keluarkan syarat guru naik pangkat


2011/04/21

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk ‘guru ex-PPLD Kecewa, Terengganu’, disiarkan pada 11 April lalu bertajuk ‘pertikai syarat pangku guru cemerlang’.

Kementerian sudah mengeluarkan surat siaran memaklumkan warga pendidik tawaran pemangkuan jawatan guru cemerlang dan pensyarah cemerlang 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32.

Calon perlu memenuhi syarat umum dan khusus ditetapkan bagi melayakkan dipertimbangkan.
Syarat umum calon untuk memohon jawatan guru cemerlang gred DG44 mestilah disahkan perkhidmatan, mencapai prestasi ditetap berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun terakhir.

Calon juga bebas daripada tindakan tatatertib, sudah mengisytihar harta, lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bebas senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan dan diper-akukan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan.

Syarat khusus pula, pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dan mengajar mata pelajaran kepakaran dimohon selama tiga tahun.

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) pada 26 Oktober tahun lalu meluluskan syarat tempoh mengajar bagi pertimbangan guru cemerlang gred DG44 Khas Untuk Penyandang (KUP) selama lima tahun dilonggarkan.
Pemohon juga mestilah mempunyai dua tahun pengalaman mengajar sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), dengan setiap tiga tahun pengalaman mengajar PPPLD bersamaan setahun pengalaman mengajar sebagai PPPS gred DG41.

Dakwaan ‘guru ex-PPLD kecewa’ bahawa beliau tidak layak mengisi borang permohonan guru cemerlang kerana pernah mengikuti kursus sijil perguruan khas adalah tidak benar kerana kriteria ini bukanlah salah satu syarat umum atau syarat khusus bagi pemangkuan jawatan guru cemerlang gred DG41.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

0 comments:

Post a Comment