Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
14.02.2012

Hari ni hari Valentine Day. My luvly zauj dah janji nak kasi hadiah sempena Hari Valentine. Dalam fikiran ini macam-macam dah tertanya-tanya apa kebendanya. Terkejut aku bila tengok hadiah tu rupanya 3 ekor anak ikan peacock. Konon-konon romantik la tu hadiah ikan,nape la dia tak hadiahkan gelang ke, kereta ke hehehe demand lebih la pulak jauzah dia ni. Dia sebenarnya nak kasi arnab tapi memandangkan aku geli dengan binatang yang berbulu makanya arnab bertukar jadi ikan. Yang hairannya 2 ekor betina 1 ekor je jantan, macam ade simbolik je. Ni macam hint nak berbini lebih. Ya allah jangan nak ngada lagi ye. Tunggu ekonomi stabil dulu baru u kawen 4. I sanggup pegi pinang.. hehehe ( ngade-ngade jah nak bermadu ).

Aku ni bukannya rajin pun nak membela ni tapi dah zauj suruh kena la juga. Tak kan la aku tak nak kan dia punya semangat beli akuarium bagai siap dengan air. Yang bestnya zauji dah pesan jangan tukar air, tapi tu la aku gatai tangan basuh akuarium tu. Tak sampai sejam pas tukar air sekor peacock mati, dah la yang mati tu bunting cian dia kan. Aku rasa mungkin sebab aku main air dalam akuarium kot. Esoknya pas alik sekolah aku tgk air dah keruh sebab makanan ikan hancur. Aku pun tukar lagi air, tak sampai sejam kali ni sekor lagi jadi mangsa. Zauji membebel la sepanjang hari, lepas maghrib zauji datang bawa 5 ekor lagi ikan peacock untuk aku. Siap bawa sebotol air telaga, leh lak bagi amaran jangan tukar air yang dia bagi.

Zauji nie kuat berpesan, dia bawa bunga kiambang lagi suruh letak dalam akuarium. Kali ni ikan aku dah ok. Sebelum aku tukar air dalam tu aku akan tahan dalam baldi 2 malam dulu agar klorin mendap. Air dalam akuarium pun tak dibuang terus, cuma buang separuh dan tambah dengan air baru. Sekarang baru aku tahu cara penjagaan ikan sebelum ni aku main godam je.. Bila ikan hidup aku jadi happy sangat, balik kerja stress tengok ikan berenang rasa tenang je. Baru aku tahu kenapa zauji aku hadiahkan ikan peacock ini.
Terima kasih sayang.....



0 comments:

Post a Comment