Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...





and at


READ MORE- STRESS

:(

Ya Allah,
kenapa dengan aku ini???
aku cuba untuk tidak berprasangka buruk tapi hati ni tetap berasa begitu.
Aku sedih dengan tindakan mereka,
aku tidak tahu apa yang aku lakukan sampai jadi macam ni.
sudah lama aku tahan perasaan ini,
tiada tempat mengadu, aku sedar aku cuma menumpang di negeri orang,
tapi hinakah aku dilayan sebegini rupa???

aku tahu,
aku tiada kepentingan di sini,
tidak mempunyai apa-apa kelebihan
malah punyai banyak kelemahan....
aku cuba memperbaiki tapi
aku cuma manusia biasa yang tidak mampu lari dari
melakukan kesilapan...
mereka tidak kenal aku sebaiknya,
tapi kenapa mereka cepat menghukum aku????

memang aku tidak sesempurna DIA...
aku dan DIA memang dua individu yang berbeza,
susahkah mereka hendak menerima kenyataan ini???
aku memang kecewa.....
sangat kecewa......
aku cuma mahukan tempat berteduh yang aman damai
bukannya penuh dengan perasaan benci

Ya Allah...
Engkau bantulah aku,
aku insan lemah yang memerlukan pertolonganmu...
damaikanlah hati ini agar dapat mengatasi dugaan...
buanglah perasaan berprasangka buruk didalam diriku,
agar aku mampu tersenyum bila bersama mereka.....
tanamkan lah kasih sayang antara kami,
agar kemesraan kembali terjalin.....

amin ya rabbal alamin...
READ MORE- :(
Ya Allah.......
Kenapa hati ini amat terasa dengan mereka.
Kenapa hatiku ini terluka dengan mereka.
Hati ini amat terguris dengan sikap mereka.

Ya Allah.......
Engkau tabahkan lah hati ini,
agar tidak berkecil hati dengan mereka.
agar tidak terbuka jurang antara kami.

Ya Rahim.........
Engkau rapatkan kembali hati ini dengan hati-hati
yang penah hadir bersamaku,
disaat sedih dan gembira bersama...

Ya karemm.....
aku memohon padamu,
satukanlah hati-hati ini kembali
agar terhapus segala dusta dan nista.


READ MORE- S.A.D

Dari dulu mak dah pesan,

Bile belajo bior bebetul!!

Tapi aku yang tak nak dengar kate…


Dari dulu mak dah bilang,

Bila kite berpelajaran, hidup kite akan senang!!

Tapi itulah aku sikit pun tak caye…


Dari dulu mak dah nasihat,

Kalau belajo jangan bercinte!!

Tapi etulah aku,

Orang bercinte aku pun sibuk nak bercinte…


Dari dulu mak dah kata,

Kalau belajo bior sampai negeri China!!

Tapi aku yang malas,

Kononnya buang duit je pegi China…


Dari dulu mak dah cakap,

Kalau tak dengar cakap mak nanti kau yang merana!!

Tapi aku sikit tak endahkan…

Sekarang……memang betul apa yang mak kata dulu.


Bile belajo bior bebetul!!

Bile kite berpelajaran hidup kite yang senang!!

Kalau belajo jangan bercinte!!

Kalu belajo bior sampai negeri China!!

Dan kalau aku tak dengar cakap mak, nanti aku yang merana.



Tapi itulah aku…Bile dah kantoi baru nak menyesal!!


Hei ape nak buat??


Basuh muke, amik ayor sembahyang, minta ampun kat Tuhan, dan


Belajo betul-betul….!!


Tapi apa yang paling penting sekali,


JANGAN LAWAN CAKAP MAK!!


Kerana…syurga dibawah telapak kaki ibu.



IBNATUL JAMILAH SAYANG MAK~

READ MORE- PESAN MAK
SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat,teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Orang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain ( daya firasat yang tinggi ) kerana banyak simpan rahsia
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik.
READ MORE- KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH ( SEPTEMBER )
03 OGOS 2011




OGOS


  • Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya.
  • Sopan santun dan caring terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai pujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk relax.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih & penyayang.
  • Suka mencari kawan.


~IBNATUL JAMILAH~
READ MORE- KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH ( OGOS )
02 JULAI 2011



JULAI


  • Sangat seronok didampingi.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali diransang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa dengan semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain dengan pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk jika tidak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja.



BUFDAY CAKE KAK HALIZA HARUN


~IBNATUL JAMILAH~
READ MORE- KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH ( JULAI )
JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai yang lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Otaknya aktif ( sentiasa berfikir ).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas.
  • Suka berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Orang yangsangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat nak sembuh apabila terluka hati.
  • Suka kepada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya
READ MORE- KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH ( JUN )
SYOKNYA HARI NI

DAPAT HADIAH

DARI YANG TERSAYANG

LUV U SO MUCH LAH...




READ MORE- B.E.S.T

...biLa Aku bOSaN...







...kEgiLaAN sEpaNjaNg zAmAN...








...di mAsA kELapANgAN...









...mEmbUat tARiaN sAdiS...









...kuAk LENtaNg di hUjUNg miNggU...







...tEraSa diRikU LaWa 24 jAm...








...kadaNg2 kuAt NaNgiS...









...wEh kENgkAwAN!!! aKU NaK giTaR!!!...









...kuAt mAjUk tAu!!!...











..sUkA mELaNcONg...








...HAkhak...


READ MORE-
Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid


Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.

Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

(Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.

"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.

Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.

"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.

Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.

Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.

(Nazrul memeluk Nik Aziz selepas doa dibacakan)

"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.

Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.

"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.

Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.

(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)

"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.

Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.

"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu.

READ MORE- Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid