Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
15 FEBRUARI 2011


Keputusan penempatan j-QAF dah keluar ari nie. Malas pulak nak check penempatan sebab haritu tanya ustaz JAPIM orang Perlis akan dapat penempatan di Perlis, jadi dengan confident aku tak check. Macam dah comfirm je dapat sini.
Tapi tu la kan orang kata kita kena ada kenyakinan diri tapi tak boleh terlalu yakin. Tengok macam aku ni, terlalu over confident tengok-tengok jadi benda lain. huhuhu

Tengah hari tu, aku terdetik nak check penempatan. Jadi buka la laman web nie



sekali lepas aku masukkan nombor ic, kuar lak mcm nie.



Maunya tak menjerit aku. Satu rumah terkejut pakat lari mai kat aku. Hanya ALLAH saja yang tahu perasaan aku masa tu. Memang betul-betul sebak, tak sangaka aku dapat NEGERI KELANTAN. Diulangi yer KELANTAN bukan PERLIS DARUL SUNNAH. Sungguh tak disangka betul. Punya lagi sedih bila abang aku cakap selalu kena antar kawasan pendalaman macam GUA MUSANG. YA ALLAH memang tak lalu aku nak jamah nasik tengah hari.

Tengok tarikh lapor diri 21 Februari 2011, kiranya ada lebih kurang 5 hari untuk aku siapkan peralatan untuk lapor diri.
Mak aku pun kata tak payah risau, nanti dia akan ikhtiar antarkan aku ke kelantan 20.02.2011. Dah mak aku cakap macam tu kurang la sikit tekanan di hati aku. Yang penting sekarang aku nak siapkan borang perjanjian dulu......





-- bersambung



READ MORE- i loiike it
READ MORE- Lagu Rasmi Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 2


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْلِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُ قَوْلِي

بِسْمِ الله الْفَتَّاحِ ، اللّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً

وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْمَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


READ MORE- #>الدُّعَاءُ عِنْدَ الاِمْتِحَانِ<#

اللّهُمَّ إِنِّي اَسْتَوْدَعْتُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا حَفَظْتُ

وَمَا تَعَلَّمْتُ فَرُدَّهُ عَلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِي إِلَيْهِ

إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيرٌ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيلِ





READ MORE- الدُّعَاءُ بَعْدَ الْمُذَاكَرَةِ


اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ الْمُرْسَلِيْنَ وَاِلْهَامَ الْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ

اللّهُمَّ اجْعَلْ أَلْسِنَتَنَا عَامِرَةً بِذِكْرِكَ

وَقُلُوبَنَا بِخَشْيَتِكَ وَأَسْرَارَنَا بِطَاعَتِكَ

إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ. وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلِ



READ MORE- #>الدُّعَاءُ قَبْلَ الْمُذَاكَرَةِ<#
Hari tu aku ada dapat mesej dari nombor 016321****, nombor ni mcm familiar je aku tengok. Tapi takde save dalam fon aku pun. Mesej tu bunyi lebih kurang mcm ni la, dia cakap aku da tanya pasai SUGAR GLIDER dan dia suruh aku pegi uptown shah alam jumpa dengan SHAIFUL untuk keterangan lebih lanjut.

Kebetulan sangat aku memang ada kawan nama Saiful dok kat Shah Alam. Mamat ni pun memang suka lepak kat uptown bila hari cuti. Yang musyikilnya aku tak la penah pesan natang alah tu kat dia pun.

Aku ni mana la tau SUGAR GLIDER tu natang apa. Nak pesan lagi la harukan. Jadi tanpa buang masa, minta pertolongan Abg Google kesayangan la. Korang tau ke apa dia??? Kat bawah nie ada la sikit gambar natang tu



ll
ll
ll
ll
ll
ll
ll
ll
ll
ll
ll
ll
ll
( )
V



tgk muka dia chumilkan... boOlat je mata dia.


ni makanan dia kot noh


ada lagi gambar aksi sugar glider nie....

besar ibu jari ja
















kena bagi susu gak


jgn xtau na sugar glider ni pun leh terbang gak na.. ala2 tupai




yang ni otai yer...


Sugar Glider ni da jadi trend orang sekarang untuk membela. Aku memang suka tengok dia sebab chumil sangat tapi nak bela jangan arap la sebab sekali tengok dah macam anak tikus.. geli mak... hehehe
Bagi korang yang teringin nak bela natang ni boleh la pegi cari kat Pet Shop berhampiran noh.. pastu rojer la kat aku sama, leh la aku snap gambar dengan natang alah nie.. hehehe
bubye.....
READ MORE- Sweet Pet
j-QAF IPG KAMPUS PERLIS: KONSEP PROGRAM j-QAF: "Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan ..."
READ MORE- j-QAF IPG KAMPUS PERLIS: KONSEP PROGRAM j-QAF

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Suami dan isteri ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir Tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukannya.


TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...


KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"


TAPI bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi isteri; " Kau ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?


Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan…


TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !


Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, isteri kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi itulah mata tak leh pejam…


TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai ke pagi, langsung tak ingat isteri di rumah, dahlah balik lambat, esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...


Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isterimu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"


Tapi kau bila dah handsome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...


Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur… peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"),


hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, isteri tu selagi suami dia tak lelap mata, dia hanya tidur2 ayam sahaja...


INI YANG BEST NI


Satu lagi, wahai suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata


“SAH!!!!”


Tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri… sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak payah guna spy...dia orang mesti tahu punya....


Hargailah isteri dan bakal isteri korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain.


Orang yang bijak adalah orang yang mengerjakan hari ini, apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian...


JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!



Pengajaran ayat:

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA? Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...


Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat isteri yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baikkah kita nak dapat perempuan yg baik...???


Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker isteri tu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???


Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????


Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....


Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memang tidak ada....


Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan,

yang tidak,

ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....


FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...


~ sumijelly99~

READ MORE- Suami, Isteri dan Bakal-bakal....
Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita",
kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk
melindungi hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia
menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..
bukan pada kecantikan luaran semata-mata.
Selamilah hati wanita kesayanganmu..
dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.





READ MORE- ~~subjective~~