Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
TOLONG ingatkan aku
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

TOLONG ingatkan aku
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

TOLONG ingatkan aku
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

TOLONG ingatkan aku
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

TOLONG ingatkan aku
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

TOLONG ingatkan aku
jadilah rakan yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

TOLONG ingatkan aku
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

TOLONG ingatkan aku
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

-iBNaTuL JaMiLaH-
READ MORE- TOLONG ingatkan aku



Ketika sedang mengubah suai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada di situ 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina. apa yang terjadi? bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu! pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. Kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya...
AHHH!! pemuda itu terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta... cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu sahaja sebuah keajaiban. Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.
Saya tersentuh ketika membaca cerita ini. lalu saya mulai terfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan.

Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang asngat cepat. tapi tak peduli sejauh apa jarak di antara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

" JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!"

READ MORE- Cinta Sang Cicak
14.02.2012

Hari ni hari Valentine Day. My luvly zauj dah janji nak kasi hadiah sempena Hari Valentine. Dalam fikiran ini macam-macam dah tertanya-tanya apa kebendanya. Terkejut aku bila tengok hadiah tu rupanya 3 ekor anak ikan peacock. Konon-konon romantik la tu hadiah ikan,nape la dia tak hadiahkan gelang ke, kereta ke hehehe demand lebih la pulak jauzah dia ni. Dia sebenarnya nak kasi arnab tapi memandangkan aku geli dengan binatang yang berbulu makanya arnab bertukar jadi ikan. Yang hairannya 2 ekor betina 1 ekor je jantan, macam ade simbolik je. Ni macam hint nak berbini lebih. Ya allah jangan nak ngada lagi ye. Tunggu ekonomi stabil dulu baru u kawen 4. I sanggup pegi pinang.. hehehe ( ngade-ngade jah nak bermadu ).

Aku ni bukannya rajin pun nak membela ni tapi dah zauj suruh kena la juga. Tak kan la aku tak nak kan dia punya semangat beli akuarium bagai siap dengan air. Yang bestnya zauji dah pesan jangan tukar air, tapi tu la aku gatai tangan basuh akuarium tu. Tak sampai sejam pas tukar air sekor peacock mati, dah la yang mati tu bunting cian dia kan. Aku rasa mungkin sebab aku main air dalam akuarium kot. Esoknya pas alik sekolah aku tgk air dah keruh sebab makanan ikan hancur. Aku pun tukar lagi air, tak sampai sejam kali ni sekor lagi jadi mangsa. Zauji membebel la sepanjang hari, lepas maghrib zauji datang bawa 5 ekor lagi ikan peacock untuk aku. Siap bawa sebotol air telaga, leh lak bagi amaran jangan tukar air yang dia bagi.

Zauji nie kuat berpesan, dia bawa bunga kiambang lagi suruh letak dalam akuarium. Kali ni ikan aku dah ok. Sebelum aku tukar air dalam tu aku akan tahan dalam baldi 2 malam dulu agar klorin mendap. Air dalam akuarium pun tak dibuang terus, cuma buang separuh dan tambah dengan air baru. Sekarang baru aku tahu cara penjagaan ikan sebelum ni aku main godam je.. Bila ikan hidup aku jadi happy sangat, balik kerja stress tengok ikan berenang rasa tenang je. Baru aku tahu kenapa zauji aku hadiahkan ikan peacock ini.
Terima kasih sayang.....



READ MORE- ikan peacock
mari kiter dengar kanak-kanak rebina
menyanyi lagu bunyi-bunyian
versi arab








READ MORE- Ragam 1 Iman : Bahasa Arab unit 1
banyak sungguh dugaan aku kena lalui
macam-macam kerenah
tapi aku bersyukur dengan kurniaanMU...

ya allah...
aku syukur padamu
kau hadiahkan padakusuami yang mithali
yang sentiasa berada disisi ku
ketika susah dan senang

aku terharu dengan pengorbanmu
walaupun kita tidak boleh bersama
tapi pengorbananmu
sentiasa bersamaku

semoga ALLAH
memanjangkan jodoh kita bersama
hingga ke akhir hayat
amin...

READ MORE-