Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



























READ MORE- BOOK COVER COTTON VINTAGE & PENCIL CASE VINTAGE LIMITED EDITON
salam aidiladha buat semua viewer. macam mana dengan sambutan raya korban tahun ni?? best x?? raya tahun nie saya di kelantan. pertama kali beraya rumah mertua. sedih rasanya xdapat balik kampung beraya dengan keluarga. tapi biasalah hidup tatap kena teruskan, raya kat mana pun xpe. janji kita xlupa kewajipan kita sebagai hamba allah.
sambutan hari raya aidiladha atau raya korban di sebelah pantai timur ni memang la sangat-sangat meriah. dah macam raya aidilfitri. walaupun cuti hanya 3 hari tapi semua anak pantai timur akan pulang juga ke kampung halaman. keluarga zauj saya memang ramai sampai saya dah naik segan dok sana. saya cuma tidur di sana malam saja. malam raya dah balik umah sewa. alhamdulillah rumah sewa saya dengan umah mertua xjauh mana pun. cuma dalam 30 minit saja. jadi saya pergi pagi balik malam sampai raya ketiga. yang kesiannya pemandu iaitu zauj saya la sebab time raya macam nie perjalanan 30 minit dah bertukar jadi sejam lebih. kereta berderet-deret macam ulat ja.
banyak benda baru saya belajar disini. Makanan masa raya pun berlainan sangat dengan di kampung halaman saya. kat sini pagi-pagi raya dah makan tapai. banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi nanti kalo ada kelapangan saya akan coretkan lagi disini.
apapun selamat menyambut hari raya korban ye..
READ MORE- salam aidiladha
READ MORE- Anak Kampung Versi - KAMI MAHU POSTING (ISMP)
Hari ni 16 Mei 2012.
Semua orang tahu hari ini merupakan hari guru bagi semua guru di Malaysia.
Menjadi kebiasaan, sekolah aku pun buat sambutan hari guru.
Pagi ni malas betul aku nak melangkah pergi ke sekolah.
Bukan apa serabut dengan tekanan kehidupan.
hari ni memang dalam sejarah dalam hidup aku.
walaupun dah 3 tahun sambut hari guru tapi hari ni tinggal kesan dalam hati aku
mungkin bagi cikgu lain biasa
tapi bagi aku insan yang kerdil dalam profesion pendidikan
amat menyentuh hati.
ada pertandingan guru paling popular di sekolah aku.
bukan pertandingan yang dipersoalkan tapi keperihatinan murid terhadap gurunya
ade pelajarku menyokong aku menjadi salah satu calon
tanpa pengetahuanku...
masa pengumuman majoriti guru yang menang

murid-muridku menanyakan
"kenapa nama ustazah tidak terpilih??? sedangkan kami dah sokong ustazah"

dan aku menjawap
" bukan kemenangan yang diidamkan tapi kemajuan dan pencapaian awak semua
dalam pelajaran dan kehidupan yang ustazah inginkan. "

syamin pun mencelah
" walaupun ustazah tak menang guru popular tapi ustzahlah guru popular dalam hati kami "

dengan ungkapan sebegitu, membuatkan jernih-jernih airmata
mengalir dari kelopak mataku.
cukup lah sekadar mereka mengingati aku sebagai guru mereka
ianya sudah bermakna dalam hidupku.

TERIMA KASIH ANAK-ANAK MURIDKU
USTAZAH SAYANG KAMU SEMUA
SEMOGA IMPIAN KALIAN MENJADI ORANG YANG BERGUNA
DI MASA AKAN DATANG TERCAPAI
AMIN YA RABAL ALAMIN.........
READ MORE- terima kasih anak-anakku

KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011 :-

  1. Major ( BA / PA ) : Modul P3 unit terakhir
  2. Minor 1 : Pengajian Al-Quran : Modul P3
  3. Minor 2 : Bahasa Arab Minor / Pengajian Agama Minor
  4. Ilmu Pendidikan P3 Modul Akhir
  5. Pengurusan Sumber : Modul Akhir
  6. Seni Dalam Pendidikan : Modul Akhir



KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012 :-

  1. Major ( BA / PA ) : Modul 1 Unit 2
  2. Minor 1 : Pengajian Al-Quran : P1 Unit 1
  3. Ilmu Pendidikan P1 Unit 2
  4. Bahasa Melayu Komunikasi P1
  5. Penyuburan Diri Insan Guru P1
  6. GERKO 1

READ MORE- Modul-Modul Untuk Interaksi Mei/Jun 2012
terasa hati betul aku dengan dia...
tapi tak pe aku tak akan salahkan mereka
kalo ambik hati sangat nanti aku pulak yang merana pulak kan.
biar kan je la mereka
dengan dunia mereka....
yang penting sekarang aku dan kehidupanku
bersama orang-orang yang tersayang
terutama EMAK & ZAUJY
Luv so0 much

READ MORE- tet.....tet....
  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Ia tidak disukai ALLAH SWT.
  2. Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar). Dikuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  1. Jangan makan dan minum dalam bekas pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya membahayakan.
  2. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  3. Jangan tidur selepas Solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
  4. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  5. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
  6. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  7. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  8. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  9. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  10. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  11. Jangan mengumpat rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.
  12. Jangan lupa bergantung harap HANYA kepada ALLAH dalam setiap kerja. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.
  13. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  14. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  15. Jangan biasakan berbohong kerana ianya adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang kepada kita.
  16. Jangan suka mengianaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT.
  17. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat lebih utama, kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia dan akhirat.
  18. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  19. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
  20. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  21. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH tidak sempurnakan agama pemakainya ( dikhuatiri bergantung kepada tangkal, bukan kepada ALLAH ).
  22. Jangan pertikai kenapa ISLAM berkata JANGAN sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui.
READ MORE- 24 Perkara JANGAN Dilakukan