skip to main |
skip to sidebar
- Jangan sengaja lewatkan solat. Ia tidak disukai ALLAH SWT.
- Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar). Dikuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
- Jangan makan dan minum dalam bekas pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya membahayakan.
- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan tidur selepas Solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- Jangan mengumpat rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.
- Jangan lupa bergantung harap HANYA kepada ALLAH dalam setiap kerja. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.
- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
- Jangan biasakan berbohong kerana ianya adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang kepada kita.
- Jangan suka mengianaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT.
- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat lebih utama, kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia dan akhirat.
- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
- Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH tidak sempurnakan agama pemakainya ( dikhuatiri bergantung kepada tangkal, bukan kepada ALLAH ).
- Jangan pertikai kenapa ISLAM berkata JANGAN sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui.
0 comments:
Post a Comment