Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


1) KAMU semua telah mengenal Allah, TETAPI kamu tidak menunaikan haknya.

2) KAMU semua telah membaca Al-Quran, TETAPI kamu tidak mengamal isinya.

3) KAMU semua telah mengaku cinta pada Rasulullah, TETAPI kamu meninggalkan sunnahnya.

4) KAMU mengaku benci kepada syaitan laknatullah, TETAPI kamu mematuhi ajakannya.

5) KAMU mengaku ingin memasuki syurga, TETAPI kamu tidak mematuhi syarat-syaratnya.

6) KAMU mengaku ingin selamat dari api neraka, TETAPI kamu menjerumuskan diri kedalamnya.

7) KAMU menyakini bahawa kematian itu satu kepastian, TETAPI kamu tidak pernah mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8) KAMU sibuk menguruskan keburukan orang lain, TETAPI kamu mengabaikan keburukan sendiri.

9) KAMU sibuk menikmati nikmat Allah, TETAPI kamu tidak pernah mensyukurinya.

10) KAMU menguburkan orang yang meninggal dunia setiap waktu, TETAPI kamu tidak mahu menghayatinya.


-ibnatul jamilah-

0 comments:

Post a Comment