Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Japanese Mimio Girl Emoticons semua!!!! pa khabar????
Lama aq x update noh, bkn pa bz dgn anak2( mcm la dah kawen)Japanese Mimio Girl Emoticons. N3 kali nie saja ja aq nak citer pasai sejenis kueh. Kueh nie aq jumpe masa mak aq wat kenduri doa selamat. Bulan lepas kot kenduri tuh. Mak aq da plan wat 2 sesi, kirenya petang 4 perempuan n malam 4 lelaki lahkan. Mak aq nak ajak wat bacaan yassin n tahlil skit sempena dy pegi wat haji. Ingat wat makan bihun goreng je (bajet ckit katakn) tapi xsangka lak masa 2 banyak lak sponsor (betulke aku eja sponsor??? lantak la ada aku kesah) kawan2 mak aq bagi juadah. Terkejut gak kami semua, mmg x sangka la depa semua nk bawak sampai berperiuk2 gitu~... ape pun time kasih la ingat jugak depa kat mak aq.

Kali nie bkn aq nak citer pasai kenduri tu tapi pasai sejenis kueh nie. Antara banyak2 kueh depa bagi 1 je yg aq rasa pelik xpenah aq tengok sebelum nie. Mungkin korang penah jumpa tp nie la 1st aku tengok jd aq nak la kongsi2 skt. Lantak la korang nak cakap aq jakun ke, perak ke, ape ke ada aku kesak kah?!!Japanese Mimio Girl Emoticons Kueh nie amat la popular kat blah kOla perlis mcm 2 tapi bg aq yg d0k kat pdg besaq nie mmg la xtau. Jgn kata aq je skali dgn abg n akak aq pun turut xtau nama kueh nie. Anak sedara aq lg la donow kn.. cian kat kami noh.

Abg aq p bantai pangil kueh apam+lempeng, mau nak tergelak aq tp x berani seh sbb abg nie garang skit kang aq gelak2 kat dy naya woh!!... Anak sedara aq lak pgl dorayaki, ala kueh yang doremon suke makan tu. Yang nie disokong akak aq jadilah dorayaki malaysia~ mau kata doremon tau la gerenti dy jadik mcm ni doraemon cat 3 Animated Doraemon Emoticons(bantai gelak kot xkan la dorayaki mcm tuh... hapelah)..... Aq nie jenis x puas aty ckit bile xtau citer sbnar.. jd dgn muka toya + blur p la tnya kat makcik yang sponsor kueh tu...


******************************

Aq : Tompang tnya ckit leh x makcik???

makcik : tnya empatjuta pun xpa... pedia??? ( muke slumber )

Aq : (bleh lak wat lwak makcik nie *dlm hati)~
nie ha kueh pa nama makcik bawak tadik tu??

makcik : Kueh yang mana 1 lak nie?????

Aq : ( Macam la dy bawak duapolohempat jenis kueh sampai lupe* dlam aty jer)~
ala yang puteh2 tu mcm dorayaki

makcik : kuuuuiiiiih... kuiiiiii.. kuiii ( dibantainya gelakkan aq)
ape la natang dorayaki di samakn lak... 2 serabai namanya

Aq : owh serabai ke namanya~ huhuhu tq la ye makcik


******************************

Tapi la kan setau aku la, serabai tu kalu kat kedah maksudnya kusut-masai lah..

SERABAI = KUSUT MASAI

cth :
1. " awat hang serabai len mcm ja aq tengok??"
2. " ceq tek mau aih dgn mamat serabai tuh.. nyampah tui"

lebih kurang mcm tu la kot cara guna dy.. hehehe

mungkin kueh nie serabai masa nak wat dy sbb tu buh nama mcm tuh. Tapi semua tuh x kesah, apa ada dengan nama????? janji bila makan kueh serabai nie sedap sampai jilat kuku~ hik3..... yang bestnya makan serabai nie dengan kuah dy kira pakej lah... yang loqlaqnya, aq n anak2 sedara aq p bantai makan serabai tu ja... mana la kami tau kena mkn dengan kuah.. mmg x rasa pa mcm makan apom kot.. bila da + kuah dy baru rasa ummmphh~~~ sedap woooo wa cakap. rasa mcm makan serawa durian pun ada gak~ sedap sgt2 aih... smpai da x sedar banyak sgt kami makan. Lagik 1, serabai nie x sedap kalu buh kuah terendam lama2 sbb nnt dy kembang jd bila kita mkn dy cepat rasa kembang tengkok. jd bila nk makan ja baru buh kuah dy kasi banjir ckit lg sedap.....





Kueh Serabai @ dalam bahasa saintifiknya Dorayaki Malaysia~ :D





Kuah kasi banjir punya~





Atien n Ahmad : peminat setia Dorayaki Malaysia siap wat peace lg tuh!!~



ibnatul jamilah, Japanese Mimio Girl Emoticons
READ MORE- Kueh apakah nie??




READ MORE- Tatacara Temuduga.mp4
Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics




Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics




Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

READ MORE- Maher Zain

Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya kau merinduiku
Hubungilah aku disini

Jikalau ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkan dirimu
dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerna sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang dimanakah kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingat aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka




Lagu ini aku tujukan khas kepada syuq wa hanien
READ MORE- Pesanan Buat Kekasih
Ya allah, bantulah diriku,
aku tak mampu menahan sakitnya hati,
aku tak mampu menahan seksaan hatiku ini...
aku tak mampu mengawal amarahku lagi...
aku tak mampu melupakan dirinya...
aku tak mampu menghadapinya...

Aku hanya insan biasa
yang mampu menidakkan dengan lidahku ...
tetapi aku tidak mampu membohongi kata hatiku....
biarpun bejuta kali aku katakan aku mampu melupakannya
tetapi hatiku menjerit bahawa aku masih mengingatinya...
aku masih menyayanginya....
Telahku cuba melontarkan bayangannya
tetapi semakin jauh ku lontar
semakin dekat dia menghampiriku...

Ya Allah ya tuhanku,
Kau berikanlah aku kekuatan,
untuk menghapuskan bayangan tubuhnya dariku,
agar aku dapat meneruskan kehidupanku seperti sediakala...
Kau tabahkanlah aku dari kekecewaan,
untuk membantuku membuang rasa sedih dihati,
agar dapat aku meneruskan perjuanganmu...
agarku tidak lalai untuk mengingati Penciptaku...
agar aku tidak terjerumus kedalam kemaksiatan...

Ya Allah yang maha pengasih,
Kau tumbuhlah padaku apa yang telah patah...
Kau gantilah padaku apa yang telah hilang...
Biarpun tiada sama dengan dirinya...
Biarpun tidak sehebat dengannya...

Kau kurniakanlah padaku
seorang pasangan yang beriman,
yang mampu membimbingku...
ke jalan MU...
yang bisa mengajarku...
mengenali MU..
yang mahu berkorban...
kerana MU...
Ya Rabbi...

Kau berikanlah zuriat kepadaku
yang soleh dan solehah
agar dapat menyambung perjuangan Islam
di muka bumi MU...

Ya Allah, aku hambamu yang hina
aku tidak mampu meminta kepada sesiapa
kecuali kepadaMU Ya Rabbi...
hanya padaMU lah aku mampu berserah...
kerana Engkaulah tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


ibnatul jamilah
READ MORE- Bantulah Aku

Nape ntah tetiba jer aku tringat kat sek Pak Man. Pak Man nie sek men aku dulu mmg dikenali sbg pondok Pak Man but now da jd SMAN. Tak kisah la Pak Man ke Nahdzah ke SMAN ke apa jua nama hampa panggil dia tetap sek aku yg terchenta s chinese girl emoticons 6 Chinese Girl Emoticons (and Friends)... Ntah la punye la sayangkan Nahdzah sampai wat praktikal pun aku pilih sek tu walaupun mase tu aku da ade tawaran wat praktikal n keje kat tempat len. Hurmm... punya la semangat aku nak ngajar kat sek Nahdzah sampai termimpi-mimpi, bukan apa sek Nahdzah nie membawa 1001 erti dan kenangan untuk aku. Macam2 kenangan ada xkira la suka ke duka ke apa ke yang penting aku hepy denganya grey dust emoticons large 8 Grey Dust Emoticons (Korean). Aku nie tak la femes pun kat sek dulu kalo orang tanya nama aku kompem depa x kena punya tp tu la kan da kata jodoh kat Nahdzah balik2 p gak dok citu. Tapi n3 nie bukan aku nak citer pasai praktikal aku but bab kenangan lame2.

Godek p godek mai aku jumpa la album lama masa sek dulu la, album x la besar sgt tp leh la buh 6 keping 1 m/s. Time sek dulu aku nie pemalu sikit bab nk amik gambar nie (aku rasa la, hampa tgk xtau la) jadi gambar tak la banyak sgt ada dalam tu. Disebabkan pemalunya aku nie gambar aku cuma ada 3 album ja, hampa agak-agak kal0 aku ni jenis x malu bergambar brapa byk album aku ek.. huhuhus chinese girl emoticons 5 Chinese Girl Emoticons (and Friends)... Bile belek lama-lama gambar dulu rasa nak gelak sampai guling pun ada, mana taknya masa f0rm 1-2 aku nie xla chubby sgt tp bile dah makin meningkat usia makin la b0dy aku pun naik sama s chinese girl emoticons 9 Chinese Girl Emoticons (and Friends).. cuma satu ja aku suke tgk masa dulu muke aku n kawan-kawan semua suci dan kudus sahaja. Besa la semua x matured lg (skrg pun aku sama ja, jerawat je yg lain ). Ape la yg aku merapu meraban nie?? niat nk tunjuk gambo sek aku time mude-mude dulu. Gambo bawah nie ada yang aku amik dari kawan-kawan sekolah, yang dari album nnt aku upload yer skrg xley lg sbb Mr.canon aku kena masuk hospital sbb kena bah dakwat, Kecian dia tp lg cian kat sbb aku kena membayar kosnya nnt s chinese girl emoticons 10 Chinese Girl Emoticons (and Friends) makin pokai la saya...



Antara gambar yang ada :-


* Nie gambar sekolah aku yang asal, mase zaman Pondok Pak Man.


* Nie mase asrama laki terbakar, aku x ingt lak tahun bile


* Van yang setia bawa aku ke hospital dan bawa kami p lwn bola.


* Kedai ustaz Nasir tp kami panggil kedai Che P ja


* Mase hari tanda tangan buku rekod xsalah aku la. Gambar nie aku amik dr kawan.


* Pemandangan dari atas bukit besar


* Susur nie bawu ja buat tahun bile aku xpasti




* Bangunan kelas aku dulu sekarang da jadi kelas pelajar lelaki


* Tempat pelajar asrama main futsal petang2


* Gambar sekolah pandangan dari atas


* Asrama pelajar lelaki. Tak silap aku nama asrama nie Ibnu Khaldun


* Dulu nie asrama pelajar perempuan, kami pgl asrama E tapi sekarang semua d0k asrama baru. Pastu diganti dgn penempatan warden xsilap ckg salma dok cn pastu time praktikal aku lak jd penghuni. Banyak memori kat umah nie x caya tnya dak2 f0rm 1-2 thn nie.


* Sekolah Menengah Agama Nahdzah sekarang



* Wakil sekolah nie jangan main2


* Bersama cikgu Normayati dan cikgu Awanis, xsilap masa lawan kat penang






Nie pulak gambar kawan-kawan aku yang penah menceriakan SMAN satu ketika dahulu.



*1st batch Konvokesyen STAM 2006



* Windunya kat kalian semua....grey dust emoticons large 11 Grey Dust Emoticons (Korean)

wanie halim, yus, farehan, dard, watif, fisyah, ana, nabiela, atieqah, che as ( aku la 2 ), fizah, mierah twin, midah, syiefak, norina, lela, mierah

* yang nie xder dlm gambar tp tetap ada dlm ingatan .. cewah
k.pah, hosna, minah twin, umi zakiah, mazlina, nuun zatul, fadzilah, hijrah, fizah, syeefak basir, fateha, fatihah, wanie nordin, wanie hasan, mak su ieda, kinah, madihah, foziah, dayah mohamed, fathiyah, zainab, syidah, che roy, najwa baharom, ummu hani, rohmatun, naddiya, vilasine, majariya, amin, hadi, abe, syeikh hadi, fozi, nabil, wan bob, nuzul, mael, aswad, ayie, anas, kamarulzaman, azizi n byk lagi la... aku pun da x ingt nama byk sgt la. sowi yer kawan2

aku bukan sengaja x sebut nama yang lain yer tp mmg betul2 da kompius nie, besa la dulu kelas kita f0rm 1 pompuan saja dah 4 kelas belum campur kelas laki lagi + lak aku dok situ 2001 - 2006, belum campur yg baru masuk lagi la apa la... huhuhuhu sowi no besa la memori aku 512 MB ja nnt bile aku upgrade memori otakku nie bawu ingt kot. Kepada kawan2 sek aku dulu jgn la menyepi tanpa berita yer kalo ada yg masih kenal aku boleh la add FB aku untuk mengeratkan lg ukhuwah.. hehehe Naruto Emoticons (Friends)



SMAN da best Naruto Emoticons (Small Size)
salam sayang untuk SMAN terCHENTA s chinese girl emoticons 3 Chinese Girl Emoticons (and Friends)

READ MORE- Kenangan Lame



An Nahdzah,
An Nahdzah,
An Nahdzah,
An Nahdzah..........

Dari kampung kami datang
Ke bumi An Nahdzah
Mencari ilmu Allah
Untuk di bawa pulang

An Nahdzah bumimu subur
Pengasasmu ulama' ulum
Melahirkan jenerasi islam
Pewaris perjuangan

An Nahdzah,
An Nahdzah,
An Nahdzah,
An Nahdzah..........

Nahdzahku..........
Ku cinta padamu
Takkan kurela dirimu binasa
Oleh rakusnya manusia durjana
Walau diri ini terseksa

Bumimu yang tandus
Kamilah hujannya
Siangmu yang suram
Kamilah mentarinya
Malammu yang kelam
Kamilah bulan bintang

Oh Nahdzahku....
Ku cinta padamu....


* Aku rindu An Nahdzah
-ibnatul jamilah sman 00'



المرحوم سيد المعلم شيخ الحاج عثمان اليونسي



READ MORE- Lagu An-Nahdzah




Nahdzah membangun maju ke hadapan
Membangun bersama panji-panji Islam
Mencorak hidup ke arah kemajuan
Berakhlak tinggi menjadi pegangan

Telah terbukti dari zaman ke zaman
Nahdzah melahirkan pemimpin perjuangan
Tidakkan gentar tidakkan gusar
Cabaran yang datang dapat ditewaskan

Beriman bertaqwa kepada Ilahi
Jangan ditinggal kita turuti
Terus berjuang biar sampai ke mati
Di Akhirat sana syurga menanti

Al-Quran As-Sunnah jadikan landasan
Kerana itu datangnya dari Tuhan
Nabi bersabda peganglah keduanya
Hidup dan aman selamat sejahtera




- ibnatul jamilah sman04 -
READ MORE- Lagu Nahdzah