Ya allah, bantulah diriku,
aku tak mampu menahan sakitnya hati,
aku tak mampu menahan seksaan hatiku ini...
aku tak mampu mengawal amarahku lagi...
aku tak mampu melupakan dirinya...
aku tak mampu menghadapinya...
Aku hanya insan biasa
yang mampu menidakkan dengan lidahku ...
tetapi aku tidak mampu membohongi kata hatiku....
biarpun bejuta kali aku katakan aku mampu melupakannya
tetapi hatiku menjerit bahawa aku masih mengingatinya...
aku masih menyayanginya....
Telahku cuba melontarkan bayangannya
tetapi semakin jauh ku lontar
semakin dekat dia menghampiriku...
Ya Allah ya tuhanku,
Kau berikanlah aku kekuatan,
untuk menghapuskan bayangan tubuhnya dariku,
agar aku dapat meneruskan kehidupanku seperti sediakala...
Kau tabahkanlah aku dari kekecewaan,
untuk membantuku membuang rasa sedih dihati,
agar dapat aku meneruskan perjuanganmu...
agarku tidak lalai untuk mengingati Penciptaku...
agar aku tidak terjerumus kedalam kemaksiatan...
Ya Allah yang maha pengasih,
Kau tumbuhlah padaku apa yang telah patah...
Kau gantilah padaku apa yang telah hilang...
Biarpun tiada sama dengan dirinya...
Biarpun tidak sehebat dengannya...
Kau kurniakanlah padaku
seorang pasangan yang beriman,
yang mampu membimbingku...
ke jalan MU...
yang bisa mengajarku...
mengenali MU..
yang mahu berkorban...
kerana MU...
Ya Rabbi...
Kau berikanlah zuriat kepadaku
yang soleh dan solehah
agar dapat menyambung perjuangan Islam
di muka bumi MU...
Ya Allah, aku hambamu yang hina
aku tidak mampu meminta kepada sesiapa
kecuali kepadaMU Ya Rabbi...
hanya padaMU lah aku mampu berserah...
kerana Engkaulah tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
ibnatul jamilah
0 comments:
Post a Comment