Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ibnatuljamilah. Show all posts
Showing posts with label ibnatuljamilah. Show all posts

Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya kau merinduiku
Hubungilah aku disini

Jikalau ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkan dirimu
dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerna sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang dimanakah kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingat aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka




Lagu ini aku tujukan khas kepada syuq wa hanien
READ MORE- Pesanan Buat Kekasih
Ya allah, bantulah diriku,
aku tak mampu menahan sakitnya hati,
aku tak mampu menahan seksaan hatiku ini...
aku tak mampu mengawal amarahku lagi...
aku tak mampu melupakan dirinya...
aku tak mampu menghadapinya...

Aku hanya insan biasa
yang mampu menidakkan dengan lidahku ...
tetapi aku tidak mampu membohongi kata hatiku....
biarpun bejuta kali aku katakan aku mampu melupakannya
tetapi hatiku menjerit bahawa aku masih mengingatinya...
aku masih menyayanginya....
Telahku cuba melontarkan bayangannya
tetapi semakin jauh ku lontar
semakin dekat dia menghampiriku...

Ya Allah ya tuhanku,
Kau berikanlah aku kekuatan,
untuk menghapuskan bayangan tubuhnya dariku,
agar aku dapat meneruskan kehidupanku seperti sediakala...
Kau tabahkanlah aku dari kekecewaan,
untuk membantuku membuang rasa sedih dihati,
agar dapat aku meneruskan perjuanganmu...
agarku tidak lalai untuk mengingati Penciptaku...
agar aku tidak terjerumus kedalam kemaksiatan...

Ya Allah yang maha pengasih,
Kau tumbuhlah padaku apa yang telah patah...
Kau gantilah padaku apa yang telah hilang...
Biarpun tiada sama dengan dirinya...
Biarpun tidak sehebat dengannya...

Kau kurniakanlah padaku
seorang pasangan yang beriman,
yang mampu membimbingku...
ke jalan MU...
yang bisa mengajarku...
mengenali MU..
yang mahu berkorban...
kerana MU...
Ya Rabbi...

Kau berikanlah zuriat kepadaku
yang soleh dan solehah
agar dapat menyambung perjuangan Islam
di muka bumi MU...

Ya Allah, aku hambamu yang hina
aku tidak mampu meminta kepada sesiapa
kecuali kepadaMU Ya Rabbi...
hanya padaMU lah aku mampu berserah...
kerana Engkaulah tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


ibnatul jamilah
READ MORE- Bantulah Aku

Nape ntah tetiba jer aku tringat kat sek Pak Man. Pak Man nie sek men aku dulu mmg dikenali sbg pondok Pak Man but now da jd SMAN. Tak kisah la Pak Man ke Nahdzah ke SMAN ke apa jua nama hampa panggil dia tetap sek aku yg terchenta s chinese girl emoticons 6 Chinese Girl Emoticons (and Friends)... Ntah la punye la sayangkan Nahdzah sampai wat praktikal pun aku pilih sek tu walaupun mase tu aku da ade tawaran wat praktikal n keje kat tempat len. Hurmm... punya la semangat aku nak ngajar kat sek Nahdzah sampai termimpi-mimpi, bukan apa sek Nahdzah nie membawa 1001 erti dan kenangan untuk aku. Macam2 kenangan ada xkira la suka ke duka ke apa ke yang penting aku hepy denganya grey dust emoticons large 8 Grey Dust Emoticons (Korean). Aku nie tak la femes pun kat sek dulu kalo orang tanya nama aku kompem depa x kena punya tp tu la kan da kata jodoh kat Nahdzah balik2 p gak dok citu. Tapi n3 nie bukan aku nak citer pasai praktikal aku but bab kenangan lame2.

Godek p godek mai aku jumpa la album lama masa sek dulu la, album x la besar sgt tp leh la buh 6 keping 1 m/s. Time sek dulu aku nie pemalu sikit bab nk amik gambar nie (aku rasa la, hampa tgk xtau la) jadi gambar tak la banyak sgt ada dalam tu. Disebabkan pemalunya aku nie gambar aku cuma ada 3 album ja, hampa agak-agak kal0 aku ni jenis x malu bergambar brapa byk album aku ek.. huhuhus chinese girl emoticons 5 Chinese Girl Emoticons (and Friends)... Bile belek lama-lama gambar dulu rasa nak gelak sampai guling pun ada, mana taknya masa f0rm 1-2 aku nie xla chubby sgt tp bile dah makin meningkat usia makin la b0dy aku pun naik sama s chinese girl emoticons 9 Chinese Girl Emoticons (and Friends).. cuma satu ja aku suke tgk masa dulu muke aku n kawan-kawan semua suci dan kudus sahaja. Besa la semua x matured lg (skrg pun aku sama ja, jerawat je yg lain ). Ape la yg aku merapu meraban nie?? niat nk tunjuk gambo sek aku time mude-mude dulu. Gambo bawah nie ada yang aku amik dari kawan-kawan sekolah, yang dari album nnt aku upload yer skrg xley lg sbb Mr.canon aku kena masuk hospital sbb kena bah dakwat, Kecian dia tp lg cian kat sbb aku kena membayar kosnya nnt s chinese girl emoticons 10 Chinese Girl Emoticons (and Friends) makin pokai la saya...



Antara gambar yang ada :-


* Nie gambar sekolah aku yang asal, mase zaman Pondok Pak Man.


* Nie mase asrama laki terbakar, aku x ingt lak tahun bile


* Van yang setia bawa aku ke hospital dan bawa kami p lwn bola.


* Kedai ustaz Nasir tp kami panggil kedai Che P ja


* Mase hari tanda tangan buku rekod xsalah aku la. Gambar nie aku amik dr kawan.


* Pemandangan dari atas bukit besar


* Susur nie bawu ja buat tahun bile aku xpasti




* Bangunan kelas aku dulu sekarang da jadi kelas pelajar lelaki


* Tempat pelajar asrama main futsal petang2


* Gambar sekolah pandangan dari atas


* Asrama pelajar lelaki. Tak silap aku nama asrama nie Ibnu Khaldun


* Dulu nie asrama pelajar perempuan, kami pgl asrama E tapi sekarang semua d0k asrama baru. Pastu diganti dgn penempatan warden xsilap ckg salma dok cn pastu time praktikal aku lak jd penghuni. Banyak memori kat umah nie x caya tnya dak2 f0rm 1-2 thn nie.


* Sekolah Menengah Agama Nahdzah sekarang



* Wakil sekolah nie jangan main2


* Bersama cikgu Normayati dan cikgu Awanis, xsilap masa lawan kat penang






Nie pulak gambar kawan-kawan aku yang penah menceriakan SMAN satu ketika dahulu.



*1st batch Konvokesyen STAM 2006



* Windunya kat kalian semua....grey dust emoticons large 11 Grey Dust Emoticons (Korean)

wanie halim, yus, farehan, dard, watif, fisyah, ana, nabiela, atieqah, che as ( aku la 2 ), fizah, mierah twin, midah, syiefak, norina, lela, mierah

* yang nie xder dlm gambar tp tetap ada dlm ingatan .. cewah
k.pah, hosna, minah twin, umi zakiah, mazlina, nuun zatul, fadzilah, hijrah, fizah, syeefak basir, fateha, fatihah, wanie nordin, wanie hasan, mak su ieda, kinah, madihah, foziah, dayah mohamed, fathiyah, zainab, syidah, che roy, najwa baharom, ummu hani, rohmatun, naddiya, vilasine, majariya, amin, hadi, abe, syeikh hadi, fozi, nabil, wan bob, nuzul, mael, aswad, ayie, anas, kamarulzaman, azizi n byk lagi la... aku pun da x ingt nama byk sgt la. sowi yer kawan2

aku bukan sengaja x sebut nama yang lain yer tp mmg betul2 da kompius nie, besa la dulu kelas kita f0rm 1 pompuan saja dah 4 kelas belum campur kelas laki lagi + lak aku dok situ 2001 - 2006, belum campur yg baru masuk lagi la apa la... huhuhuhu sowi no besa la memori aku 512 MB ja nnt bile aku upgrade memori otakku nie bawu ingt kot. Kepada kawan2 sek aku dulu jgn la menyepi tanpa berita yer kalo ada yg masih kenal aku boleh la add FB aku untuk mengeratkan lg ukhuwah.. hehehe Naruto Emoticons (Friends)



SMAN da best Naruto Emoticons (Small Size)
salam sayang untuk SMAN terCHENTA s chinese girl emoticons 3 Chinese Girl Emoticons (and Friends)

READ MORE- Kenangan Lame
andai haty penah disakiti,
jangan ditabur perasaan benci..

andai perasaanmu pernah ku guris seribu bahasa,
janganlah aku dipinggir jauh..

andai matamu pernah menangisi sebuah kedukaan,
janganlah dibuang perasaan sayang yang pernah bertahta dihatimu.

andai kehadiranku ini pernah menyusahkan hidupmu,
ku hanya mampu mengungkap kata MAAF,

andai kenangan itu sering buat kau bersedih,
lupakanlah... mungkin aku hanya satu beban.

namun menyayangimu tak penah luntur dihati,
kerna ia akan sentiasa tersemat dihatiku.


melupakanmu amat sukar bagiku..

sem0ga kau bahagia bersama si dia yang tercinta
ku harap dia tidak sepertiku yang tidak mampu mengerti hatymu




READ MORE- buat yang teristimewa
Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah…
ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku…
kerana Engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

- ibnatul jamilah -
READ MORE- buatmu islah