Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nape ntah tetiba jer aku tringat kat sek Pak Man. Pak Man nie sek men aku dulu mmg dikenali sbg pondok Pak Man but now da jd SMAN. Tak kisah la Pak Man ke Nahdzah ke SMAN ke apa jua nama hampa panggil dia tetap sek aku yg terchenta s chinese girl emoticons 6 Chinese Girl Emoticons (and Friends)... Ntah la punye la sayangkan Nahdzah sampai wat praktikal pun aku pilih sek tu walaupun mase tu aku da ade tawaran wat praktikal n keje kat tempat len. Hurmm... punya la semangat aku nak ngajar kat sek Nahdzah sampai termimpi-mimpi, bukan apa sek Nahdzah nie membawa 1001 erti dan kenangan untuk aku. Macam2 kenangan ada xkira la suka ke duka ke apa ke yang penting aku hepy denganya grey dust emoticons large 8 Grey Dust Emoticons (Korean). Aku nie tak la femes pun kat sek dulu kalo orang tanya nama aku kompem depa x kena punya tp tu la kan da kata jodoh kat Nahdzah balik2 p gak dok citu. Tapi n3 nie bukan aku nak citer pasai praktikal aku but bab kenangan lame2.

Godek p godek mai aku jumpa la album lama masa sek dulu la, album x la besar sgt tp leh la buh 6 keping 1 m/s. Time sek dulu aku nie pemalu sikit bab nk amik gambar nie (aku rasa la, hampa tgk xtau la) jadi gambar tak la banyak sgt ada dalam tu. Disebabkan pemalunya aku nie gambar aku cuma ada 3 album ja, hampa agak-agak kal0 aku ni jenis x malu bergambar brapa byk album aku ek.. huhuhus chinese girl emoticons 5 Chinese Girl Emoticons (and Friends)... Bile belek lama-lama gambar dulu rasa nak gelak sampai guling pun ada, mana taknya masa f0rm 1-2 aku nie xla chubby sgt tp bile dah makin meningkat usia makin la b0dy aku pun naik sama s chinese girl emoticons 9 Chinese Girl Emoticons (and Friends).. cuma satu ja aku suke tgk masa dulu muke aku n kawan-kawan semua suci dan kudus sahaja. Besa la semua x matured lg (skrg pun aku sama ja, jerawat je yg lain ). Ape la yg aku merapu meraban nie?? niat nk tunjuk gambo sek aku time mude-mude dulu. Gambo bawah nie ada yang aku amik dari kawan-kawan sekolah, yang dari album nnt aku upload yer skrg xley lg sbb Mr.canon aku kena masuk hospital sbb kena bah dakwat, Kecian dia tp lg cian kat sbb aku kena membayar kosnya nnt s chinese girl emoticons 10 Chinese Girl Emoticons (and Friends) makin pokai la saya...



Antara gambar yang ada :-


* Nie gambar sekolah aku yang asal, mase zaman Pondok Pak Man.


* Nie mase asrama laki terbakar, aku x ingt lak tahun bile


* Van yang setia bawa aku ke hospital dan bawa kami p lwn bola.


* Kedai ustaz Nasir tp kami panggil kedai Che P ja


* Mase hari tanda tangan buku rekod xsalah aku la. Gambar nie aku amik dr kawan.


* Pemandangan dari atas bukit besar


* Susur nie bawu ja buat tahun bile aku xpasti




* Bangunan kelas aku dulu sekarang da jadi kelas pelajar lelaki


* Tempat pelajar asrama main futsal petang2


* Gambar sekolah pandangan dari atas


* Asrama pelajar lelaki. Tak silap aku nama asrama nie Ibnu Khaldun


* Dulu nie asrama pelajar perempuan, kami pgl asrama E tapi sekarang semua d0k asrama baru. Pastu diganti dgn penempatan warden xsilap ckg salma dok cn pastu time praktikal aku lak jd penghuni. Banyak memori kat umah nie x caya tnya dak2 f0rm 1-2 thn nie.


* Sekolah Menengah Agama Nahdzah sekarang



* Wakil sekolah nie jangan main2


* Bersama cikgu Normayati dan cikgu Awanis, xsilap masa lawan kat penang






Nie pulak gambar kawan-kawan aku yang penah menceriakan SMAN satu ketika dahulu.



*1st batch Konvokesyen STAM 2006



* Windunya kat kalian semua....grey dust emoticons large 11 Grey Dust Emoticons (Korean)

wanie halim, yus, farehan, dard, watif, fisyah, ana, nabiela, atieqah, che as ( aku la 2 ), fizah, mierah twin, midah, syiefak, norina, lela, mierah

* yang nie xder dlm gambar tp tetap ada dlm ingatan .. cewah
k.pah, hosna, minah twin, umi zakiah, mazlina, nuun zatul, fadzilah, hijrah, fizah, syeefak basir, fateha, fatihah, wanie nordin, wanie hasan, mak su ieda, kinah, madihah, foziah, dayah mohamed, fathiyah, zainab, syidah, che roy, najwa baharom, ummu hani, rohmatun, naddiya, vilasine, majariya, amin, hadi, abe, syeikh hadi, fozi, nabil, wan bob, nuzul, mael, aswad, ayie, anas, kamarulzaman, azizi n byk lagi la... aku pun da x ingt nama byk sgt la. sowi yer kawan2

aku bukan sengaja x sebut nama yang lain yer tp mmg betul2 da kompius nie, besa la dulu kelas kita f0rm 1 pompuan saja dah 4 kelas belum campur kelas laki lagi + lak aku dok situ 2001 - 2006, belum campur yg baru masuk lagi la apa la... huhuhuhu sowi no besa la memori aku 512 MB ja nnt bile aku upgrade memori otakku nie bawu ingt kot. Kepada kawan2 sek aku dulu jgn la menyepi tanpa berita yer kalo ada yg masih kenal aku boleh la add FB aku untuk mengeratkan lg ukhuwah.. hehehe Naruto Emoticons (Friends)



SMAN da best Naruto Emoticons (Small Size)
salam sayang untuk SMAN terCHENTA s chinese girl emoticons 3 Chinese Girl Emoticons (and Friends)

READ MORE- Kenangan Lame



An Nahdzah,
An Nahdzah,
An Nahdzah,
An Nahdzah..........

Dari kampung kami datang
Ke bumi An Nahdzah
Mencari ilmu Allah
Untuk di bawa pulang

An Nahdzah bumimu subur
Pengasasmu ulama' ulum
Melahirkan jenerasi islam
Pewaris perjuangan

An Nahdzah,
An Nahdzah,
An Nahdzah,
An Nahdzah..........

Nahdzahku..........
Ku cinta padamu
Takkan kurela dirimu binasa
Oleh rakusnya manusia durjana
Walau diri ini terseksa

Bumimu yang tandus
Kamilah hujannya
Siangmu yang suram
Kamilah mentarinya
Malammu yang kelam
Kamilah bulan bintang

Oh Nahdzahku....
Ku cinta padamu....


* Aku rindu An Nahdzah
-ibnatul jamilah sman 00'



المرحوم سيد المعلم شيخ الحاج عثمان اليونسي



READ MORE- Lagu An-Nahdzah




Nahdzah membangun maju ke hadapan
Membangun bersama panji-panji Islam
Mencorak hidup ke arah kemajuan
Berakhlak tinggi menjadi pegangan

Telah terbukti dari zaman ke zaman
Nahdzah melahirkan pemimpin perjuangan
Tidakkan gentar tidakkan gusar
Cabaran yang datang dapat ditewaskan

Beriman bertaqwa kepada Ilahi
Jangan ditinggal kita turuti
Terus berjuang biar sampai ke mati
Di Akhirat sana syurga menanti

Al-Quran As-Sunnah jadikan landasan
Kerana itu datangnya dari Tuhan
Nabi bersabda peganglah keduanya
Hidup dan aman selamat sejahtera




- ibnatul jamilah sman04 -
READ MORE- Lagu Nahdzah
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : " Nabi s.a.w. menggunting kumis dan memotong kuku setiap hari Jumaat, pagi-pagi sebelum Baginda pergi solat Jumaat ".

( Riwayat al-Tibrani dan al-Bazar )


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa dia berkata :

وُقّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ وَنَتْفِ الإِبْطِ لا يُتْرِكُ أَكِثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْمًا

Maksudnya : " Rasulullah s.a.w. menjadualkan bagi kami paling lama emput puluh hari, supaya kami tidak lupa menggunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari ".

( Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, al-Tirmizi, al- Nasa'i dan Abu Daud )





READ MORE- Teknik Memotong Kuku


1) KAMU semua telah mengenal Allah, TETAPI kamu tidak menunaikan haknya.

2) KAMU semua telah membaca Al-Quran, TETAPI kamu tidak mengamal isinya.

3) KAMU semua telah mengaku cinta pada Rasulullah, TETAPI kamu meninggalkan sunnahnya.

4) KAMU mengaku benci kepada syaitan laknatullah, TETAPI kamu mematuhi ajakannya.

5) KAMU mengaku ingin memasuki syurga, TETAPI kamu tidak mematuhi syarat-syaratnya.

6) KAMU mengaku ingin selamat dari api neraka, TETAPI kamu menjerumuskan diri kedalamnya.

7) KAMU menyakini bahawa kematian itu satu kepastian, TETAPI kamu tidak pernah mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8) KAMU sibuk menguruskan keburukan orang lain, TETAPI kamu mengabaikan keburukan sendiri.

9) KAMU sibuk menikmati nikmat Allah, TETAPI kamu tidak pernah mensyukurinya.

10) KAMU menguburkan orang yang meninggal dunia setiap waktu, TETAPI kamu tidak mahu menghayatinya.


-ibnatul jamilah-
READ MORE- 10 PERKARA YANG MENGHALANG TERMAKBULNYA DOA KAMU

TAHUKAH kamu semua watak dan perangai wanita dapat dikenali melalui cara mereka tidur menggunakan bantal. Ini adalah kerana setiap wanita mempunyai cara dan posisi tidur yang berbeza-beza. Ada yang suka tidur tanpa bantal, ada pula yang suka memeluk bantal dan ada juga yang mempunyai tabiat meletakkan bantal dibawah kakinya. Inilah cara pengkaji menilai sifat wanita berdasarkan cara mereka memanfaatkan bantal.

Disini saya coretkan beberapa kategori dan perwatakan wanita :


1) Memeluk bantal :
- Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terdapat lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga prihatin terhadap kesusilaan dan kesopanan hidup. Wanita kategori ini juga cenderung untuk memiliki badan yang kurus.

2) Menggunakan banyak bantal :
- Mereka biasanya kurang keyakinan diri dalam kehidupan seharian. Malahan, mereka memerlukan banyak pendamping atau kawan-kawan yang dapat membantu mereka. Mereka juga jarang membuat keputusan sendiri sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. Mereka sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain.

3) Tidur dengan satu bantal :
- Mereka bukan jenis yang mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan hanya nafsu semata-mata.

4) Meletakkan bantal dibawah kaki :
- Mereka mempunyai sifat kurang baik, jarang bergaul dengan orang ramai malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois,gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita dan tidak suka berusaha.

5) Tidur tanpa bantal :
- Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi, kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. Terlalu over-confidence juga menyebabkan mereka selalu memandang rendah pada orang lain.


-ibnatul jamilah-



READ MORE- Bantal Wanita

Pagi nie aku xder keje nk wat.. S0, duduk la melangut kat dpn Cik LanCer aku nie. Saja la dok godek fb aku tu, tetiba terpandang kuku aku yg da panjang. Apa lg aku terus capai la pengetip kuku & niat kat hati nak la potong kuku. Mase baru nak potong tu my m0m aku mai dekat dan dia cakap kite di sunatkan potong kuku hari ISNIN, KHAMIS & JUMAAT.
Aku pun heran la.. nape lak xleh nak potong hari lain??? kompius t0l aku... blur la sekejap. S0, my m0m pun terang la sebab-sebabnya...


*****************


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :- " Barangsiapa yang memotong kukunya pada :

Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Jumaat - Nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


*****************

Sekarang baru aku faham ada rahsia disebalik hari untuk memotong kuku. Nie baru rahsia belum teknik pemotongan lagi. Teknik tu nanti la aku gitau no..


READ MORE- Rahsia hari untuk potong kuku
Saya Nak Sangat Mencintai Diri Awak....
Tetapi Cinta Kepada Allah Itu Adalah Cinta Saya Yang Hakiki..
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Tidak Menyanyangi Diri Awak...

Saya Nak Sangat Merindui Diri Awak..
Tetapi Rindu Kepada Nabi Muhammad itu Lebih Bermakna...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Tidak Sunyi Tanpa Awak...

Saya Nak Sangat Memiliki Diri Awak...
Tetapi Memiliki Syurga Allah itu Sangat Menggembirakan...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Menolak Diri Awak...

Saya Nak Sangat Berkorban Untuk awak...
Tetapi Berkorban Di Jalan Allah Itu Amat Bernilai...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Mahu Abaikan Awak...

Saya Nak Sangat Bahagia Bersama Awak...
Tetapi Bahagia Syahid Itu Takkan Saya Lepaskan..
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Tersenyum Tanpa Awak...

Saya Nak Sangat Memegang Tangan Awak...
Tetapi Memegang Bara Api Itu Lebih Baik...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Ingin Meleraikan Ikatan Tangan Awak...

Saya Nak Sangat Memeluk awak...
Tetapi Memeluk Al-Quran Itu Lebih Mulia...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Tidak Perlukan Pelukan Awak...

Saya Nak Sangat Tunjukkan Bahawa Saya Tidak Takut Dengan Orang Lain...
Tetapi Saya Sangat Takut Dengan Allah...
Walaubagaimanapun Tidak Bermakna Saya Tidak Melindungi Awak...

Saya Nak Sangat Awak Tahu Saya Akan Lakukan Apa Yang Saya Cakap Tadi...
Tetapi Selepas Kita Mengikat Pertalian Yang Sah...

Dan
Saya Nak Sangat Awak Tahu Bahawa Awaklah Orang Yang Paling Penting Dalam Hidup Saya...
Tetapi Allah Dan Rasulullah Itu Adalah Segala-galanya Bagi Saya...

Dan
Saya Nak Sangat Awak Memilih Al-Quran Dan Hadis Rasulullah Itu Sebagai Pegangan Hidup Awak...
Dan
Saya Nak Sangat Awak Meminta Pertolongan Kepada Allah Sentiasa Kerana Dialah Maha Besar...
Dan
Saya Nak Sangat Awak Gunakan Islam Sebagai Cara Hidup Awak...

Saya Lakukan Semua Ini Kerana Saya Tahu Tidak Ada Yang Lebih Berkuasa Di Langit Dan Bumi Melainkan
Allah Yang Maha Besar.....
Allah Yang Maha Besar...
Allah Yang Maha Besar......
ALLAHUAKHBAR !!!!!!!!


READ MORE- Saya Nak Sangat... Tetapi... Walaubagaimanapun....

Ya ALLAH, sesungguhnya kami memohon kepadaMU akan keredhaanMU serta syurga..Dan kami berlindung denganMU dari kemurkaanMU dan api neraka..



Okay, this is really the last one for this holiday.Sayang rasanya kalau tak kongsi dengan antum.



Last Monday, I followed my family went to Rawang coz my sisters want to meet their friend. We stopped by a mini bookshop there and I found many informative bookmarks. One of the bookmarks was written:


"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"



I'm so confused..


Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?Then I asked my dad what's that mean.



[phm kan betul2]



Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.


Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa2 pun?


Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.


Anak: *blur


Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dri Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yg dh leka dengan dunia.Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.


Anak: Ooooooo... ook....


Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan2 kita. "Dia dh banyak buat aku mcm ni, mcm tu..." dn sebagainya. Dan kawan2 kita pula akan cerita pada kwn2 lain. "Kesian kwn kita tu.. budak tu dh byk sakitkan hati dia,....." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.


Anak: *termakan cili



So, the conclusion is.. jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah..Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah.


Ana mintak maaf sgt2 kat orang yg dh buat ana kecik hati.. tak sedar pasal kenyataan ni..


Wallahu a'lam





Tuhan, maafkan hamba2 yg khilaf ini...

Jangan Engkau jauhkan kami dari redha dan cintaMU ya Rabbii..

Ajarkan kami akhlak para Nabi-nabi..

Bantulah kami melawan nafsu jahat yg sudah sebati dalam diri ini...

Hindarkan kami dari kafir dan yahudi..

Maafkan kami Tuhan.. Musuh2MU seringkali menjadi idola kami tanpa kami sedari..

Atau mungkin kami sedar, tapi kami lebih memilih nafsu dari Engkau, ya ALLAH..

Maafkan kami, Tuhan.. kami sering meniru budaya org2 yg menyekutukan Engkau..

Kami hamba yg tidak mengenang budi, ya ALLAH.. kami menzalimi diri sendiri..

Pimpinlah kami yg tak layak ke jannahMU ini..

Tuhan, jauhkan kami dari jahannamMU yg menjulang tinggi..

Kuatkanlah ikatan persaudaraan dn kasih sayang antara kami..

Pimpinlah kami melalui jalan suram di dunia ini..

Berikan kami cahaya...

Kuatkan hati kami... ya Ilahi...

Aminn.. ya Rabbal 'Alamin..


- ibnatul jamilah -

READ MORE- Kecil Hati dengan ALLAH
PayBox


Klik jer kat link atas untuk register website nie. Anda bukan saje dapat free register malah dapat $50 lg. Selain tu, bile anda promosikan website nie kat laman sosial anda akan mendapat $5 bagi setiap individu yg mendaftar dibawah anda. Jadi tunggu apa lagi??? Serta lah sekarang yer..

READ MORE- PayBox


Nama : Iblis Laknatullah.
Tarikh Lahir : Bermula daripada keengganannya sujud Nabi Adam a.s.
Status : Fasik kelas pertama.
Agama : Kufur.
Tempat tinggal di dunia : Di dalam hati mereka yang lalai.
Tempat tinggal di akhirat : Neraka jahanam.
Kawasan legar : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha mengingati Allah.
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok.
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang Allah.
Modal pusingan : Angan-angan kosong.
Tempat pertemuan : Pasar-pasar ( tempat membeli-belah ).
Musuh ketat : Orang yang beriman dan bertaqwa.
Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah.
Cita-cita/Matlamat : Semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk neraka.
Kelemahan : Bila orang beristigfar.
Lambang : Sebarang tatoo.
Pejabat operasi : Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat maksiat.
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan manusia dan jin.
Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba.
Perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan kepada Allah.
Teman sejawat : Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran.
Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah.
Komunikasi : Orang yang suka mengumpat, mencaci, maki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam.
Makanan kegemaran : Daging orang mati, najis dan kotoran.
Minuman kegemaran : Minuman yang memabukkan.
Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertaqwa, beriman dan beramal soleh.
Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah.
Yang disukai : Homoseksual dan lesbian.
Alat perangkap : Wanita cantik, model, pelacur dan seumpamanya.
Tempoh perkhidmatan : Hingga akhir hari kiamat.
Saat ajal : Bila waktu ditentukan Allah pada hari kiamat kelak.
Janji : Janji kosong, angan-angan dan tipu daya.
Membuatnya menangis : Bila orang sujud pada Allah.
Aktiviti : Menghasut dan mengacau manusia yang lalai.
Sukan : Perjudian dan melakukan perkara yang sia-sia.


-ibnatuljamilah-










READ MORE- Biodata IBLIS