Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad - 28.03.2010

Hari nie tamat la sudah program Hari kantin, Anugerah cemerlang dan Malam kesenian islam di SMA Nahdzah, Bukit Besar. Ada banyak aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung. Contohnya ada pameran, gerai jualan sukaneka, persembahan pelajar, pertandingan mewarna, demontrasi kebakaran dan banyak lagi la.

Paling best masa hari anugerah cemerlang la sebabnya ada persembahan coral speaking dan kalam ijmaie dari pelajar form 1-2. Seronok tengok pelajar-pelajar tu bagi komitmen untuk menjayakan lagi program. Pada malam 26.03.2010 diadakan ceramah agama dari penceramah Ustaz Jazmi bin Mad Isa. Memang best dengar ceramah dia. Malam terakhir pula diadakan konsert nasyid dari kumpulan nasyid tanah air iaitu Kumpulan FAREAST. Sambutan pada Konsert Malam Kesenian Islam juga amat memuaskan hati. Ramai juga yang datang untuk memeriahkan lagi konsert malam tu. Tiket pun murah aje, cuma RM3 untuk pelajar sekolah dan RM5 untuk dewasa. Murah je kan. Memang berbaloi kalau datang. Lepas ni kalau ada lagi program ilmiah macam nie saya arapkan kawan-kawan dapat la sertai sekali yer. Tak kira la program tu dijalankan kat sekolah ke tau masjid. Jgn lupa tau........... salam




READ MORE-