Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Nama : Iblis Laknatullah.
Tarikh Lahir : Bermula daripada keengganannya sujud Nabi Adam a.s.
Status : Fasik kelas pertama.
Agama : Kufur.
Tempat tinggal di dunia : Di dalam hati mereka yang lalai.
Tempat tinggal di akhirat : Neraka jahanam.
Kawasan legar : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha mengingati Allah.
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok.
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang Allah.
Modal pusingan : Angan-angan kosong.
Tempat pertemuan : Pasar-pasar ( tempat membeli-belah ).
Musuh ketat : Orang yang beriman dan bertaqwa.
Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah.
Cita-cita/Matlamat : Semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk neraka.
Kelemahan : Bila orang beristigfar.
Lambang : Sebarang tatoo.
Pejabat operasi : Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat maksiat.
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan manusia dan jin.
Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba.
Perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan kepada Allah.
Teman sejawat : Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran.
Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah.
Komunikasi : Orang yang suka mengumpat, mencaci, maki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam.
Makanan kegemaran : Daging orang mati, najis dan kotoran.
Minuman kegemaran : Minuman yang memabukkan.
Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertaqwa, beriman dan beramal soleh.
Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah.
Yang disukai : Homoseksual dan lesbian.
Alat perangkap : Wanita cantik, model, pelacur dan seumpamanya.
Tempoh perkhidmatan : Hingga akhir hari kiamat.
Saat ajal : Bila waktu ditentukan Allah pada hari kiamat kelak.
Janji : Janji kosong, angan-angan dan tipu daya.
Membuatnya menangis : Bila orang sujud pada Allah.
Aktiviti : Menghasut dan mengacau manusia yang lalai.
Sukan : Perjudian dan melakukan perkara yang sia-sia.


-ibnatuljamilah-










READ MORE- Biodata IBLIS