Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
salam aidiladha buat semua viewer. macam mana dengan sambutan raya korban tahun ni?? best x?? raya tahun nie saya di kelantan. pertama kali beraya rumah mertua. sedih rasanya xdapat balik kampung beraya dengan keluarga. tapi biasalah hidup tatap kena teruskan, raya kat mana pun xpe. janji kita xlupa kewajipan kita sebagai hamba allah.
sambutan hari raya aidiladha atau raya korban di sebelah pantai timur ni memang la sangat-sangat meriah. dah macam raya aidilfitri. walaupun cuti hanya 3 hari tapi semua anak pantai timur akan pulang juga ke kampung halaman. keluarga zauj saya memang ramai sampai saya dah naik segan dok sana. saya cuma tidur di sana malam saja. malam raya dah balik umah sewa. alhamdulillah rumah sewa saya dengan umah mertua xjauh mana pun. cuma dalam 30 minit saja. jadi saya pergi pagi balik malam sampai raya ketiga. yang kesiannya pemandu iaitu zauj saya la sebab time raya macam nie perjalanan 30 minit dah bertukar jadi sejam lebih. kereta berderet-deret macam ulat ja.
banyak benda baru saya belajar disini. Makanan masa raya pun berlainan sangat dengan di kampung halaman saya. kat sini pagi-pagi raya dah makan tapai. banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi nanti kalo ada kelapangan saya akan coretkan lagi disini.
apapun selamat menyambut hari raya korban ye..
READ MORE- salam aidiladha