Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Anak buaya makan kera
Nampak gajah makan tebu
Cikgu Asma berdua jangan kecewa
Kerana kisah yang telah lalu.

Bunga kembang waktu pagi
Air telaga sejuk sekali
Cikgu Asma kami ingati
Jangan cikgu lupakan kami.

Hantu galah dalam hutan
Tingginya bukan sebarang tinggi
Ingatlah kami sebagai kenangan
Sebelum cikgu berangkat pergi.




Dikarang oleh :
Abdul Rahman bin Mohd Jamil
( PAHLAWAN LADING KEDAH )

READ MORE- Pantun buat Cikgu Asma Berdua

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

READ MORE- GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita.

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu , membina
Negara yang tercinta.

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan.



READ MORE- Lagu Guru Malaysia
SAMBUTAN HARI GURU 2010

Tarikh : 17 Mei 2010

Hari : Isnin

Tempat : Dewan Mustaffa, SMA Nahdzah.

Tema : '' Guru Pembina Negara Bangsa ''

Anjuran : Unit kokurikulum & Pelajar 6 STAM.

Objektif : - Meraikan sambutan hari guru.
- Menyediakan ruang untuk pelajar meraikan guru-guru mereka.
- Merapatkan ukhuwwah diantara guru dan pelajar.


Tentatif program

7.30 am :
Perarakan bunga manggar dan kompang mengiringi guru-guru.
Perhimpunan di dataran sekolah.
Bacaan al-quran pagi.
Ucapan pengerusi :-
Nyanyian - Lagu Negaraku
- Lagu Sekolah
- Lagu '' Kami Guru Malaysia " ( guru sahaja )
Ucapan wakil pelajar putera dan puteri
Ucapan wakil guru :-
-Ustaz Basir Bin Mahmud
- Ustazah Jamaliah Binti Senapi
Ikrar pelajar.
Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.
Disampaikan oleh : Tuan Hj. Adenan Bin Hj. Othman.

9.00 am :
Gotong-royong.
Acara sukaneka ( Guru dan Pelajar )

10.30 am :
Acara dewan :-
- Kalam Jamaie.
- Pantun 1 malaysia ( guru-guru ).
- Sajak pelajar.
- Teater pelajar.
- Nasyid arab ( disampaikan oleh : Ustaz Wan Najmuddin ).
- Persembahan guru.

12.30 am :
Penyampaian hadiah :-
Kategori - Poster.
- Potret guru.
- Kad ucapan.
Cenderahati untuk semua guru-guru SMA Nahdzah.
Anugerah Guru Cemerlang.
1) Ustaz Wan Mohd Junid
2) Cikgu Normayati Jaffar
Jamuan.
Bersurai.












READ MORE- selamat hari guru.. cikgu
: قَالَ رَسولُ الله صلى الله عليه وسلم
" طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ "

( رواه مسلم )



عَنْ أَبِيْ مُسلِمٍ النَّصْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَابِ رَضِيَ اللهُ عَنهُ : تَعَلَّمُوا الْعَرَبِيَّةَ فَإِنَّهَا تُنْبِتُ الْعَقْلَ وَتَزِيدُ في الْمُرُوءَةِ

( رواه ابن الأنباريّ في الإيضاح )



عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ رَضيَ اللهُ عَنهُ قَالَ : تَعَلَّمُوا الْعَرَبِيَّةَ كَمَا تَتَعَلَّمُونَ حِفْظَ الْقُرْآنِ

( رواه ابْن أبي شيبة في مصنفهِ )



أُطْلُبِ الْعِلْمَ وَلاَ تَكْسَلْ فَمَا * أَبْعَدَ الْخَيرَ مِنْ أَهلِ الْكَسَلْ
لاَ تَقُلْ قَدْ ذَهَبَتْ أَرْبَابُهُ * كُلُّ مَنْ سَارَ عَلَى الدَّرْبِ وَصَلْ

( من كتاب " المَحْفوظاتُ )




READ MORE- .............تعلموا العربية