Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
andai haty penah disakiti,
jangan ditabur perasaan benci..

andai perasaanmu pernah ku guris seribu bahasa,
janganlah aku dipinggir jauh..

andai matamu pernah menangisi sebuah kedukaan,
janganlah dibuang perasaan sayang yang pernah bertahta dihatimu.

andai kehadiranku ini pernah menyusahkan hidupmu,
ku hanya mampu mengungkap kata MAAF,

andai kenangan itu sering buat kau bersedih,
lupakanlah... mungkin aku hanya satu beban.

namun menyayangimu tak penah luntur dihati,
kerna ia akan sentiasa tersemat dihatiku.


melupakanmu amat sukar bagiku..

sem0ga kau bahagia bersama si dia yang tercinta
ku harap dia tidak sepertiku yang tidak mampu mengerti hatymu




READ MORE- buat yang teristimewa

Assalamualaikum wt. wbt.

Para Graduan yang Budiman,

ISTIADAT KONVOKESYEN KUIS

Kami ingin merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan saudara / saudari. Istiadat Konvokesyen KUIS akan diadakan di Pusat Kovokesyen KUIS ( PKK ) pada 07 Ogos 2010 bersamaan 26 Syaaban 1431 Hijrah.



Butiran lanjut :-
1.0 SEWAAN PAKAIAN AKADEMIK GRADUAN
1.1 Bayaran graduasi :-
Bagi yang hadir : RM 170.00 sahaja
Bagi yang tidak hadir : RM 80.00 sahaja

1.2 Tarikh penyewaan Pakaian Akademik adalah mengikut ketetapan berikut :-

Sidang : 1 ( PPS , AI & FTSI )
Tempat : Tingkat 1 , PKK
Tarikh : 2 - 3 Ogos 2010
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang ( REHAT 1.00 - 2.00 )

Sidang : 2 ( FPM , FBMK & FSKKS )
Tempat : Tingkat 1 , PKK
Tarikh : 4 - 5 Ogos 2010
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang ( REHAT 1.00 - 2.00 )

NOTA : Kaunter bayaran Pejabat Bendahari hanya dibuka sehingga 3.00 petang sahaja.



2.0 PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK DAN PENGAMBILAN GAMBAR

2.1 Jubah akademik graduan, mortar board dann hood mestilah dipulangkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Sidang : 1 ( PPS , AI & FTSI )
Tempat : Tingkat 1 , PKK
Tarikh : 10 - 11 Ogos 2010
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang ( REHAT 1.00 - 2.00 )

Sidang : 2 ( FPM , FBMK & FSKKS )
Tempat : Tingkat 1 , PKK
Tarikh : 12 - 13 Ogos 2010
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang ( REHAT 1.00 - 2.00 )

NOTA : Kaunter serahan / bayaran sewa jubah harian / denda lewat dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Denda lewat turut mengambil kira hari minggu / cuti am.


2.2 Sekiranya anda tidak dapat memulangkan Pakaian Akademik dalam tempoh yang
ditetapkan
di atas sebab-sebab tertentu, anda boleh mewakilkan kepada orang lain
untuk memulangkannya.



3.0 RAPTAI

3.1 Untuk menentukan supaya Istiadat Konvokesyen berjalan dengan lancar, semua
graduan
DIWAJIBKAN menghadiri raptai pada 6 Ogos 2010 di
Pusat Konvensyen
UIS ( PKK ), j
am 8.30 pagi.


4.0 IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.

Kelas Kepujian Himpunan Purata Nilai Gred

Pertama 3.70 - 4.00
Kedua ( Tinggi ) 3.30 - 3.69
Kedua ( Rendah ) 2.90 - 3.29
Ketiga 2.00 - 2.89


5.0 PAKAIAN PARA GRADUAN

A. Pakaian Graduan Lelaki :-

i ) Jubah akademik dan mortar board.
( disediakan oleh pihak universiti ).

ii) (a) Sepasang Baju Melayu ( warna bebas ) berbutang lima dan
bersamping songket atau

(b) Suit hitam.

iii) Kasut kulit hitam dan stokin hitam.


B. Pakaian Graduan Perempuan :-

i ) Jubah akademik dan mortar board.
( disediakan oleh pihak universiti ).

ii) Baju kurung moden / labuh atau jubah.
Graduan yang mengandung
boleh memakai pakaian
yang bersesuaian.

iii) Warna pakaian adalah pilihan sendiri. Kain jenis 'lace' boleh
dipakai
dengan syarat ada 'lining'.

iv) Kasut kulit hitam.

v) Tudung putih.



6.0 PENAMPILAN

6.1 Sahsiah Graduan Lelaki :-

Rambut lelaki hendaklah pendek dan kemas, tidak menjejaki kolar baju.


6.2 Sahsiah Graduan Perempuan:-

Pakaian hendaklah menepati syariah.


PERINGATAN : GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPADIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK JAWATANKUASA PETUGAS KHAS / URUSETIA KONVOKESYEN BERHAK UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI ISTIADAT KOVOKESYEN.



7.0 PAKAIAN IBUBAPA / TETAMU

A. Pakaian Tetamu Lelaki :-

i ) Kebangsaan, atau

ii) Batik ( Seluar 'jeans' dan kemeja-T tidak dibenarkan ) atau

iii) Suit hitam

B. Pakaian Tetamu Perempuan :-

i ) Kebangsaan, atau

ii) Pakaian Rasmi atau pakaian sopan ( pakaian gaun atau 'skirt',
'blouse'
tanpa lengan, kemeja-T dan seluar adalah
TIDAK DIBENARKAN )



8.0 PERTANYAAN / MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Jawatankuasa Graduasi melalui :-

Telefon : 03-89254251, ext. 1208. 1209. 1219

Faks : 03-90257677

E-mail : konvokuis@gmail.com



Sekian. Sekali lagi ucapan tahniah dan selamat menerima Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma saudara / saudari.


Daripada ,

JAWATANKUASA GRADUASI,
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR ( KUIS ),
BANDAR SERI PUTRA, 43600 BANGI,
SELANGOR DARUL EHSAN.




Sumber : Buku Panduan Istiadat Konvokesyen Kuis




~ ibnatul jamilah ~

READ MORE- ISTIADAT KONVOKESYEN KUIS 2010