Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Ia tidak disukai ALLAH SWT.
  2. Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar). Dikuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  1. Jangan makan dan minum dalam bekas pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya membahayakan.
  2. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  3. Jangan tidur selepas Solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
  4. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  5. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
  6. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  7. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  8. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  9. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  10. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  11. Jangan mengumpat rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.
  12. Jangan lupa bergantung harap HANYA kepada ALLAH dalam setiap kerja. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.
  13. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  14. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  15. Jangan biasakan berbohong kerana ianya adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang kepada kita.
  16. Jangan suka mengianaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT.
  17. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat lebih utama, kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia dan akhirat.
  18. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  19. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
  20. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  21. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH tidak sempurnakan agama pemakainya ( dikhuatiri bergantung kepada tangkal, bukan kepada ALLAH ).
  22. Jangan pertikai kenapa ISLAM berkata JANGAN sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui.
READ MORE- 24 Perkara JANGAN Dilakukan